JOHOR BAHRU, 21 Mac- Perkembangan banjir di Johor. Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 10,851 orang, daripada 3,067 keluarga, setakat pukul 10 pagi tadi.
Angka itu menunjukkan peningkatan, berbanding 10,763 penduduk daripada 3,018 keluarga, pada pukul lapan pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak 99 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif di lima daerah.
Johor Bahru, daerah paling teruk terjejas merekodkan 4,319 penduduk, diikuti Kluang 2,191 penduduk.
Manakala, Kota Tinggi 1,762, Pontian 1,422 dan Kulai 1,157.
Dua laluan jalan terputus hubungan di Kota Tinggi, iaitu Jalan Lukut Cina di Taman Aman dan Jalan Mawai Lama, yang ditutup sepenuhnya berikutan arus deras.
Jalan Jabi Bukit Tempurung di Segamat, turut ditutup bagi semua jenis kenderaan.