fb fb fb fb fb

Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi meningkat

Pulau Langkawi masih lagi menjadi destinasi pilihan untuk bercuti.

KUALA KEDAH, 25 Disember- Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi meningkat mendadak sempena cuti persekolahan dan Hari Krismas.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata perkhidmatan feri penumpang di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah dan Kuala Perlis mencatatkan peningkatan melebihi  8,000 penumpang sehari berbanding 3,000 sehari.

Katanya, peningkatan mendadak bermula 14 Disember lalu dan meningkat hampir tiga kali ganda menjelang perayaan Krimas lalu.

"Kami menambah enam hingga tujuh perjalanan sehari sejak 22 Disember lalu berikutan permintaan tinggi pengguna. Hari ini sahaja di Terminal Jeti Kuala Kedah melibatkan tujuh perjalanan bermula pukul 8.30 pagi dan perjalanan feri terakhir pukul  5.00 petang. Manakala di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis 11 perjalanan feri bermula pukul 7.30 pagi dan perjalanan terakhir pada pukul 7.00 malam," kata Baharin kepada pemberita di sini.

Rata-rata pengunjung memilih Pulau Langkawi  sebagai destinasi pilihan untuk bercuti.
 
"Mai lima orang, saya memang menetap di Kuala Lumpur tetapi keluarga dan kawan saya dari Sarawak. Saya rasa berbaloi dengan harga RM150 untuk bilik hotel. Saya tengok cantik, ada kolam dekat depan, nak pergi mana-mana pun dekat dengan kawan," kata kakitangan kerajaan, Sukinah Mohamad.

"Kami selalu berjalan tetapi kita kena menyokong Malaysia. Saya selalu ke Langkawi kerana tetap seronok dan paling seronok apabila dapat bersama keluarga, rapatkan hubungan kekeluargaan. Langkawi sangat cantik, datang la ke Langkawi," kata guru, Siti Rohana Darus.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM