fb fb fb fb fb

Jubli Emas BN: Konvensyen BN peringkat negeri dimulai di Kelantan, Johor

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Sempena sambutan Jubli Emas Barisan Nasiona (BN) ke-50, pelbagai program dan agenda diatur sehingga akhir tahun ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antaranya Konvensyen BN yang akan diadakan diperingkat negeri dan wilayah.

Beliau berkata Konvensyen BN Peringkat Negeri akan dimulai dengan Kelantan dan Johor pada 8 Jun 2024.

Manakala, Konvensyen BN Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada Julai.

"Sukacitanya saya maklumkan bagi negeri-negeri yang akan menganjurkan dalam tempoh yang terdekat ini ialah Kelantan dan Johor yang akan mengadakan Konvensyen BN mereka pada 8 hari bulan ini diikuti Terengganu dan Pahang pada 15 Jun ini dan serterusnya diikuti oleh negeri-negeri yang lain yang akan diatur kemudian,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pra Pelancaran Sambutan Jubli Emas BN ke-50 Tahun di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu , BN akan turut menganjurkan beberapa siri forum, wacana dan 'town hall' di pusat dan negeri bertujuan mengadakan perbincangan dan menyegarkan pemikiran serta mewujudkan wacana politik yang baik untuk negara.

Ia turut menyentuh isu pemikir muda selain memberi peluang wakil BN dan 'Friends of BN' membentangkan suara hati mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE