fb fb fb fb fb

Jualan ayam segar RM9.90 seekor 'licin' dalam 30 minit

FOTO Agrobazaar Rakyat Borong Wann

TITI BESAR, 26 Januari- Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan golongan pengusaha dalam membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

Ini termasuk Agrobazaar Rakyat Borong Wann apabila menawarkan ayam segar hanya pada harga RM9.90 seekor berbanding harga asal RM13.00 seekor.

Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Mohd Shafizan Wan Nan memaklumkan, program yang berkonsep perkongsian rezeki itu bagi membantu penduduk setempat mendapatkan ayam segar yang ditawarkan pada harga murah.

Beliau berkata, sambutan yang sangat menggalakkan sehinggakan kesemua ayam habis terjual hanya dalam tempoh 30 minit.

"Selain menjimatkan perbelanjaan harian, usaha sebegini juga membolehkan penduduk mendapatkan barangan segar yang berkualiti secara terus daripada pengusaha.

"Kami akan terus menyokong usaha ini dengan mengadakan jualan secara berkala untuk menbantu penduduk sekitar,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Jualan Khas Ayam Segar di Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Felcra Lubuk Sireh.

Agrobazaar Rakyat Borong Wann turut melaksanakan Jualan Kombo Madani pagi semalam yang mendapat sambutan hebat penduduk setempat apabila 100 set terjual dalam tempoh sejam program berlangsung.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE