fb fb fb fb fb

Jual melebihi harga kawalan, 667 kilogram minyak masak disita

Foto KPDN Perak

TELUK INTAN, 19 Januari - Sebanyak 667 kilogram minyak masak dalam botol disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas didapati dijual melebihi harga kawalan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail memaklumkan tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap sebuah pasar mini di Teluk Intan susulan aduan orang awam.

“Siasatan mendapati minyak masak berjenama dijual melebihi harga maksimum, iaitu RM6.90 bagi botol 1 kilogram dan RM30.90 bagi botol 5 kilogram,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 126 botol minyak masak bersaiz 5 kilogram dan 37 botol bersaiz 1 kilogram disita, dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM4,000.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN