IPOH, 11 Oktober- Lebih 1,000 unit alat ganti telefon bimbit termasuk aksesori telefon jenama terkenal disita dalam serbuan di lima premis di sekitar Perak.
Serbuan dilakukan pada 9 dan 10 Oktober itu melibatkan Ipoh, Sitiawan dan Taiping.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamaludin Ismail, serbuan dilakukan bersama wakil pemilik cap dagang selepas menerima aduan berhubung kegiatan jualan barangan tiruan di premis berkenaan.
Dalam serbuan itu, sebanyak 617 unit alat ganti telefon bimbit dan 518 unit aksesori telefon bimbit telah disita.
Rampasan keseluruhan di lima premis terbabit berjumlah RM26,430.
Siasatan dilakukan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.