KULAI, 2 Februari-Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS – SEZ) dilihat menjadi antara pemangkin, kepada peningkatan penjualan unit pangsapuri servis di Johor, pada tahun lalu.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ketika ini terdapat kira – kira 100,000 unit pangsapuri servis dalam negeri, yang telah siap.
Daripada jumlah itu, hanya kira - kira 11,000 unit pangsapuri servis, tidak terjual, melibatkan pemaju – pemaju besar.
Bagaimanapun, pangsapuri servis menyumbang 90 peratus kepada kadar hartanah tidak terjual dalam negeri, dengan sepuluh peratus, melibatkan rumah bertanah.
"Dia meningkat, Kebanyakan rumah-rumah strata, teres dua tingkat, banglo, terjual, termasuk rumah rumah yang berharga satu juta, ke atas.
"Tetapi kita lihat di Johor ini ada satu trend iaitu nilai hartanah yang berada di bawah RM500,000 ke bawah, 90 peratus terjual", katanya demikian semasa menyempurnakan Program Back To School di sini.
Sehingga kini, terdapat 21,000 unit pangsapuri servis sedang dibina, manakala 20,000 unit telah diberi keputusan, dan 20,000 unit telah diluluskan Kerajaan negeri.
Sebanyak 140,000 unit pula, belum menyerahkan dokumen berkaitan kebenaran merancang.
Angka tersebut mencerminkan keadaan ekonomi Johor yang sedang meningkat pada ketika ini.