fb fb fb fb fb

JPNT pantau cuaca panas, lindungi pelajar dan guru

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong

KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan terus memantau keadaan cuaca panas yang berlaku ketika ini bagi melindungi pelajar dan guru daripada sebarang risiko akibat cuaca panas melampau.

Pengarahnya Jelani Sulong berkata, setakat ini tiada sebarang kes strok haba dilaporkan berlaku dalam kalangan murid dan pelajar.

Beliau berkata, pihaknya juga memberi kelonggaran kepada pelajar untuk memakai pakaian bersesuaian ketika ke sekolah.

"Diberi kelonggaran dengan cara berpakaian makna boleh pakai t-shirt lah yang sopan untuk dia dapat hadir ke sekolah, pakaian sukan lah yang sopan. Aktiviti luar setakat ini kita tangguh dulu buat seketika sehingga cuaca yang ada ini mengizinkan dan kita jangka pun lepas raya lah Insya-Allah kita doa sama-sama," kata Jelani kepada pemberita, di sini.

Ketika ini terdapat 248,025 pelajar mengikuti sesi pembelajaran di 506 sekolah di seluruh negeri.

TETITIA YUSOFF