fb fb fb fb fb

JPJ Perlis lupus motosikal sita secara hadiah kepada UniMAP

FOTO JPJ PERLIS

KANGAR, 17 Jun- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis memaklumkan, pihaknya menyerahkan dua motosikal yang disita kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tujuan pembelajaran.

Terdahulu, Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis telah berjaya mendapatkan Perintah Pelucutan Hak ke atas dua buah motosikal daripada Mahkamah Majistret Kangar.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dalam kenyataannya memaklumkan, perintah Pelucutan Hak Kenderaan tersebut daripada pemilik asal kepada Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia itu mengikut Seksyen 64(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Prosedur pelupusan motosikal sita yang telah mendapat Perintah Pelucutan Hak daripada pihak mahkamah kepada agensi kerajaan merupakan salah satu tata kelola pengurusan pelupusan kenderaan sita oleh Bahagian Penguat Kuasa JPJ Perlis.

"Selain pelupusan kenderaan sita secara hadiah, JPJ Perlis turut membuat pelupusan kenderaan secara lelongan awam,"katanya.

Kedua-dua buah motosikal diserahkan kepada pihak pengurusan UniMAP.

Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis sebelum ini pernah membuat pelupusan kenderaan sita secara hadiah kepada Kolej Vokasional dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE