fb fb fb fb fb

JPJ Kedah sita kenderaan disyaki terlibat aktiviti penyeludupan diesel

FOTO JPJ KEDAH

SUNGAI PETANI,18 Februari- Sebuah lori dan sebuah van yang disita oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ cawangan Sungai Petani dalam Operasi 4 Pagi dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel.

Dua kenderaan terbabit ditahan di stesen minyak berhampiran Yarra Park dan Bandar Puteri Jaya sekitar pukul 4.30 pagi hingga 6 pagi semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua kenderaan terbabit telah diubah suai bagi memuatkan tangki minyak simpanan.

"Dalam operasi Khas Perayaan Tahun Baharu Cina yang memasuki hari ke-17 itu, JPJ turut menyita tiga buah lori, dua van dan sebuah motorsikal,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semua kesalahan telah dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah bawahnya.

Tegas Aman Shah, JPJ Kedah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah tidak kira pesalah jalan raya mahupun pesalah-pesalah lain demi kemakmuran negara.

Sebarang aduan berkaitan salah laku lalu lintas boleh disalurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE