fb fb fb fb fb

JPJ Kedah periksa bas ekspress

 



ALOR SETAR, 29 Januari- Berikutan ramai yang dijangka pulang ke kampung halaman termasuk menggunakan perkhidamatan bas ekspress, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Kedah telah menjalankan pemeriksaan ke atas bas-bas di depot -depot sekitar negeri itu.

Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata dalam pemeriksaan tersebut lima notis PG1 telah dikeluarkan atas kesalahan teknikal.

Katanya pemeriksaan dilakukan terhadap 22 buah bas dan hanya bas yang lulus pemeriksaan sahaja akan dibenarkan beroperasi.

Kesalahan teknikal tersebut dibawah kaedah -kaedah pengangkutan jalan seperti cermin retak dan penggunaan kaca atau bahan lut sinar yang tidak
dibenarkan iaitu cermin gelap.

Pemeriksaan bertujuan memastikan bas yang digunakan pada musim perayaan sentiasa berada dalam keadaan baik sepenuhnya dan menjamin keselamatan pengguna.

Antara aspek teknikal yang diberi perhatian semasa pemeriksaan adalah brek,tayar, lampu pembalik cahaya dan sijil pemeriksaan PUSPAKOM.

Media Baharu