JOHOR BAHRU, 13 Februari- Tiga lagi fatwa ajaran sesat akan diwartakan di Johor tahun ini menjadikan sebanyak 22 ajaran di negeri itu dikenal pasti dan diwartakan sebagai sesat terpesong daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sejak 1994 hingga kini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan memaklumkan, kerajaan menerusi Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor, serius dalam menangani isu berkenaan bagi memastikan akidah umat Islam terpelihara dan keharmonian masyarakat terjaga.
Sebanyak RM14 juta diperuntukan Majlis Agama Islam negeri Johor, bagi menubuhkan pusat akademi ASWAJA di kawasan Pulai, Johor Bahru, bertujuan sebagai tempat rujukan bagi menyampaikan perkara-perkara penyelewangan akidah dan ajaran yang tidak selari dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selain itu, sebanyak RM400,000 juga diperuntukkan kerajaan bagi membina Pusat Pemulihan dan Rumah Pemurniaan Syariah Islam (permurnian akidah) di Jalan Datuk Menteri di sini.
Sejak beroperasi Julai tahun lalu, ia menjadi pusat pemulihan kepada mereka yang terpesong akidah serta mengamalkan hubungan sesama jantina.