fb fb fb fb fb

Johor tubuh Jawatankuasa Hijau Negeri, pelihara kelestarian alam

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU, 8 Oktober - Jawatankuasa Hijau Negeri Johor ditubuhkan sebagai komitmen negeri itu pelihara kelestarian alam sekitar.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membincangkan dan menetapkan polisi berkaitan tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar lestari dan teknologi hijau.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon berkata, inisiatif penubuhan itu penting bagi memastikan pelabur Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mematuhi polisi yang akan ditetapkan.

"Dengan adanya JS-SEZ, bagaimana kita negeri Johor hendak menetapkan syarat-syarat atau polisi akan datang supaya pelabur akan datang, masuk ke negeri Johor ni. Mereka ini mematuhi syarat yang ditetapkan dan memenuhi tenaga boleh diperbaharui supaya kelestarian alam sekitar di negeri Johor ini dapat dipeliharakan. Ini sebagai salah satu inisiatif," kata Ling Tian Soon.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Green Legacy Johor Summit 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.

Program Green Legacy Johor Summit 2024 itu merupakan program susulan daripada Asia-Pacific Climate Week 2023 (APCW 2023) yang juga inisiatif kerajaan negeri.

TETITIA YUSOFF