fb fb fb fb fb

Johor teliti pemberian elaun kepada Tok Batin

(Zahari Sarip)

JOHOR BAHRU, 23 Jun- Kerajaan Johor akan meneliti pemberian elaun yang bersesuaian kepada Tok Batin Orang Asli di negeri itu bagi menjaga kebajikan mereka.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, perkara lain juga akan diambil kira termasuk memberi penekanan berkaitan pendidikan, pembangunan dan ekonomi kepada masyarakat Orang Asli. 

Penglibatan semua pihak penting bagi memastikan golongan itu tidak tertindas dan ketinggalan selaras sasaran menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

"Kerajaan negeri dalam bajet tahun lepas telah memperuntukkan RM300,000 untuk menaik taraf sebuah kampung Orang Asli contoh untuk menjadi Kampung Orang Asli Sejahtera, dan kita memilih Kampung Puting di Segamat sebagai permulaan untuk jadikan Kampung Orang Asli Sejahtera," katanya di sini.

Jelas Zahari, sebanyak 60 perkampungan Orang Asli dan 46 orang Tok Batin di negeri itu yang perlu diberi perhatian.

Beliau ditemui pemberita pada program Johor FAMA Fest yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli di AEON Bukit Indah, di sini.

(Zahari Sarip (tengah) pada program Johor FAMA Fest di Johor Bahru, Johor)

Media Baharu