fb fb fb fb fb

Johor sambut baik peruntukan Bajet 2023, bajet negeri berteraskan rakyat menyusul - Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kerajaan Johor akan berusaha membentangkan bajet negeri berteraskan rakyat, bulan depan berdasarkan Bajet 2023 dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada semalam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebooknya berkata Bajet 2023 telah mengambil kira aspek serta projek pembangunan diperlukan di negeri itu.

Fokus tertumpu kepada penyediaan insfrastruktur asas yang baik serta sistem pengangkutan yang efisien untuk keselesaan rakyat sekali gus menjadi prasyarat menarik minat pelabur ke negeri ini.

"Saya gembira Bajet 2023 yang dibentangkan telah mengambil kira aspek serta projek pembangunan yang diperlukan di Johor.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk membentangkan bajet negeri yang pro rakyat pada bulan hadapan. Semoga kesemua perancangan ini berjalan dengan lancar serta dapat memberikan perkhidmatan dan manfaat terbaik kepada rakyat Johor," kata Onn Hafiz dalam hantaran di Facebooknya.

Menerusi Bajet 2023, Johor mendapat beberapa insentif antaranya Pembangunan Projek Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru dan RTS Link, pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan (Senai Utara-Pandan) dengan kos RM510 juta dan penambahbaikan Bas Rapid Transit menerusi peruntukkan RM80 juta.


(Foto Fail)

Media Baharu