ISKANDAR PUTERI, 28 November- Kerajaan Johor, menerusi Pusat Pembangunan Pembinaan Johor (JCCD) akan memantau prestasi semasa kontraktor dilantik, bagi memastikan projek berjalan dengan lancar selain menepati kriteria ditetapkan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, JCCD juga diberikan kuasa untuk menamatkan pendaftaran syarikat kontraktor, sekiranya melanggar syarat kerja.
Syarikat kontraktor yang ditamatkan pendaftaran, tidak lagi boleh menerima sebarang tawaran kerja yang dikeluarkan kerajaan negeri itu.
Selain itu, kegagalan mematuhi syarat kerja juga boleh menyebabkan penurunan taraf terhadap syarikat kontraktor berkenaan.
"Sekiranya JCCD menerima aduan dan siasatan mendapati pihak kontraktor tidak mematuhi syaratsyarat kerja seperti bekerja melebihi tempoh masa yang ditetapkan, tidak menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang sempurna, kerja yang tidak mematuhi SOP," katanya semasa Mesyuarat Keempat ( Belanjawan 2024 ) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 15 di sini.