fb fb fb fb fb

Johor lokasi pertama JAKM

(Alfizan Omar)

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Johor dipilih lokasi pertama penganjuran program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM).

Berlangsung di Dataran Angsana Johor Bahru, program tiga hari itu dijangka menerima kehadiran 10,000 pengunjung bermula esok.

Program edisi pertama ini akan bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam dengan pelbagai pengisian.

Antaranya pameran oleh agensi kerajaan, jualan Industri Kecil Sederhana (IKS), Jualan Keluarga Malaysia dan Padanan Perniagaan.

Selain itu, terdapat juga khemah yang disediakan untuk Sukan Rakyat dan Pertandingan E-Sukan.

"Kita juga ada Citra Desa Keluarga Malaysia yang menyediakan pelbagai jualan, masakan yang semuanya dari negeri Johor," kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Program Strategik Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Alfizan Omar.

(Sebahagian ruang pameran JAKM)

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) diterajui Kementerian Perpaduan Negara bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merupakan kesinambungan kepada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Disember lalu.

Ia diadakan bertujuan memacu pemulihan negara secara berstruktur bagi menyumbang ke arah pengukuhan pasaran tenaga kerja secara lebih menyeluruh untuk pembangunan ekonomi lebih mampan.

Majlis perasmian akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sabtu ini.

Media Baharu