ISKANDAR PUTERI, 16 April - Kerajaan Negeri Johor kini dalam proses memperkukuh kapasiti empangan Sembrong bagi menampung keperluan penduduk di daerah Kluang dan Kulai yang terjejas bekalan air baru-baru ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan komunikasi Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek jangka panjang itu dijangka siap selewat-lewatnya tahun 2027.
"Jadi kita projek yang Insya-Allah bermula tahun ini yang akan siap 2026 atau 2027 untuk mengukuhkan empangan itu supaya digunakan untuk dua objektif.
"Satu objektif banjir, satu objektif bekalan air itu untuk jangka masa panjang tetapi untuk jangka masa sederhana, tangki dan kita buat pengolahan," kata Fazli, di sini.
Katanya, apabila siap kelak masalah bekalan air yang dihadapi di Kulai terutamanya di Bukit Permai dijangka dapat diatasi.
Minggu lalu, kira-kira 1,000 penduduk mengalami gangguan bekalan air menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.