fb fb fb fb fb

Johor bakal menjadi bandar raya mesra pejalan kaki

JOHOR BHARU, 19 Jun - Pelbagai pembangunan yang giat dilaksanakan di Johor membuka potensi negeri itu sebagai pintu masuk antarabangsa utama.  

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta menerusi projek pembinaan jambatan pejalan kaki sepanjang 280 meter bakal menjadikan Johor Bahru sebagai bandar raya mesra pejalan kaki.

"Dalam membina infrastruktur awam ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya dan lalulintas, malah kita yakin dalam masa tempoh masa jangka sederhana dan jangka masa panjang kita mampu untuk meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat dan seterusnya menyumbang ke arah Johor Bharu sebagai 'the gateway to the world'," kata Steven Sim, ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek “The CityLink Sky Bridge” di Johor Bharu.

Jambatan yang menghubungkan Coronation Square dengan Rapit Transit Sistem (RTS) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru Sentral bernilai RM50juta itu dibuat secara dana pemudahcara bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

(Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong (empat, kiri)
menyempurnakan perasmianCity Link Sky Bridge yang menghubungkan
Coronation Square ke Stesen Johor Bahru Sentral/FOTO BERNAMA)

Media Baharu