fb fb fb fb fb

Johor akan perinci kaedah terbaik bagi membolehkan lebih 400,000 pekerja di Singapura mencarum PERKESO

JOHOR BAHRU, 26 April - Kerajaan negeri Johor akan memperincikan kaedah terbaik bagi membolehkan lebih 400,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura membuat caruman menerusi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah itu penting bagi melindungi kebajikan mereka yang turut menyumbang kepada ekonomi negeri.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Muhd Hairi Mad Shah berkata ketika ini majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu tidak mempunyai insurans perlindungan.


(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Muhd Hairi Mad Shah)

"Sekiranya mereka lepas daripada sempadan, jadi itu adalah tanggungjawab kita, mereka bekerja mencari nafkah.

"Saya tidak mahu mereka membawa pulang berpuluh ribu tetapi akhirnya untuk masa depan mereka tiada, sebab itulah saya melihat PERKESO melihat jangka masa sekiranya berlaku kemalangan", katanya kepada media selepas Program Solidariti Ramadan Prihatin PERKESO di sini.

Sementara itu, mengenai pertumbuhan semula ekonomi Johor selepas pembukaan sempadan, beliau berkata Indeks Jabatan Perangkaan menganggarkan secara purata, rakyat Singapura membelanjakan RM665 sehari untuk membeli belah di negeri Johor antara 8 hingga 11 April lalu.

Manakala perbelanjaan penginapan pula dianggarkan RM529 bagi seorang individu bagi tempoh sama, sekali gus memberi impak besar kepada ekonomi negeri tersebut.

Media Baharu