fb fb fb fb fb

'Johan menunggu' Nor Hidayah kembali menyertai MTHQK

Nor Hidayah Abd Rahman/Foto BERNAMA

KUANTAN, 27 Mei- Peserta 'Johan menunggu' Nor Hidayah Abd Rahman yang berusia 33 tahun kembali menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada tahun ini. 

Beliau merupakan Johan Tilawah al-Quran kategori qariah tahun lepas menyifatkan penyertaannya pada tahun ini cukup bermakna apabila turut serta bersama-sama menyertai pertandingan itu.

"Sangat berdebar, sebab kita nak mengekalkan johan ini bukan perkara yang mudah. Saya serahkan kepada segala urusan saya kepada Allah. Apa yang membuatkan saya datang kembali untuk bertanding adalah sokongan daripada mak, ayah, suami dan keluarga.

"Tahun ni saya mewakili diri saya sendiri dan bersama sama dengan kembar saya yang merupakan johan negeri Terengganu," katanya kepada pemberita di sini.

Sebagai peserta yang tidak mewakili mana-mana negeri, Nor Hidayah berkata ia merupakan cabaran besar buatnya untuk mengekalkan gelaran johan di peringkat kebangsaan. 

Bukan itu sahaja, Johan Qari dan Qariah pada tahun sebelumnya berhak memilih sama ada untuk menyertai atau tidak sebagai 'Johan Menunggu' pada MTHQK tahun berikutnya.

Menurut portal rasmi MTHQK, status ‘johan menunggu’ adalah gelaran bagi peserta yang memenangi tilawah pada tahun sebelumnya dan kembali bertanding pada tahun semasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI