fb fb fb fb fb

JKmR cadang tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 1 Disember - Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (JKmR) mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah (SPPR), sebagai sebahagian daripada usaha membanteras rasuah dan memantapkan integriti pentadbiran awam negara.

Cadangan tersebut antara yang dikemukakan semasa pembentangan dan penyerahan Laporan Tahunan JKmR Tahun 2024 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia selaras dengan tanggungjawab JKmR bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia.

Pembentangan tersebut merangkumi penelitian JKmR terhadap Laporan Tahunan SPRM bagi tahun 2024 yang meliputi aspek penguatkuasaan, pencegahan dan pengurusan, serta mengambil kira dapatan pemeriksaan daripada ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

JKmR turut mengemukakan beberapa syor lain kepada Perdana Menteri bagi memperkukuh keberkesanan SPRM secara menyeluruh dan holistik.

Jawatankuasa itu berharap setiap cadangan yang dikemukakan diberi pertimbangan sewajarnya dan diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi demi kepentingan negara.

Ahli-ahli JKmR yang merupakan wakil rakyat, sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada orang awam bagi meningkatkan keberkesanan SPRM dalam melaksanakan mandatnya.

Orang ramai boleh mengemukakan pandangan atau cadangan melalui e-mel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MASNIZA AWANG KECHIK