KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menambah baik peranan serta perkhidmatan di kaunter dan di lapangan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
JKM menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa memahami setiap aduan, pandangan dan rungutan yang disuarakan berkaitan pelaksanaan tanggungjawab dan peranan jabatan itu dalam memberikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.
"JKM menzahirkan komitmen berterusan untuk meneliti serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap isu dan aduan yang diterima."
"Setiap maklum balas daripada rakyat amat dihargai kerana ia membantu JKM menambah baik mutu perkhidmatan serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap peranan jabatan ini," menurut kenyataan itu.
JKM menasihatkan orang ramai agar menyalurkan sebarang maklum balas, maklumat berkaitan kes kebajikan, aduan atau pertanyaan berserta bukti kukuh melalui saluran rasmi seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) dan Talian Kasih 15999.
Selain itu, saluran rasmi lain termasuk aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999, emel