fb fb fb fb fb

JKM mohon jagaan sementara anak suspek kes bunuh

Foto / Pejabat Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 21 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak suspek warga asing yang membunuh isteri dan dua anaknya, di sini.

Langkah tersebut selari dengan Seksyen 17(1)(i) Akta Kanak-kanak 2001 dan konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata kanak-kanak tersebut yang juga anak kedua suspek akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke Mahkamah bagi perintah jagaan sementara.

Beliau berkata, pihak JKM juga akan mengenal pasti waris kanak-kanak tersebut bagi memastikan kebajikan kanak-kanak tersebut terbela.

“JKM memandang serius kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya seperti yang tular di laman media sosial baru-baru ini. Hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki (anak mangsa ) berumur lima tahun yang dipercayai anak kedua kepada suspek telah diserahkan kepada pelindung,” Katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus cakna dalam melindungi kanak-kanak dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian di Talian Kasih 15999 atau ke Pejabat Kebajikan Daerah berdekatan bagi mendapatkan bantuan segera.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN