fb fb fb fb fb

JKDM kutip RM53.541 bilion SST tahun lalu, jumlah tertinggi dalam sejarah

PUTRAJAYA, 30 Januari- Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM berjaya mengutip RM53.541 bilion Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad memaklumkan, jumlah berkenaan meningkat sebanyak 25.97 peratus atau RM11.039 bilion berbanding tahun 2021.

"Jumlah yang dikutip ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah cukai tidak langsung negara.

Ia disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen cukai seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import dan levi," katanya dalam sidang media khas, di sini.

(Datuk Sazali Mohamad bercakap kepada pemberita pada sidang media JKDM di sini)

Tambah Datuk Sazali, terdapat kurang 10 peratus daripada jumlah syarikat yang tidak membayar cukai tahun lalu.

Untuk tahun ini pula, JKDM menyasarkan RM52 bilion bagi kutipan cukai SST.

Media Baharu