fb fb fb fb fb

JIM KL tahan 16 PATI, bekerja tanpa permit

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi serbuan di sebuat pusat beli belah di Taman Melati, petang tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi itu dijalankan selepas menerima aduan berhubung aktiviti membabitkan PATI di kawasan itu.

Seramai 23 orang diperiksa dengan 18 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk bekerja secara haram.

Ia membabitkan penahanan warga Bangladesh, Indonesia, India dan Pakistan manakala dua lelaki tempatan berusia 40-an ditahan disyaki berperanan sebagai majikan yang menggajikan PATI tersebut.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan soal siasat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM