fb fb fb fb fb

JIM Johor gempur dua lokasi, 40 warga asing ditahan

FOTO JIM JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 12 April- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 40 warga asing di Iskandar Puteri, pada awal pagi tadi, dipercayai melakukan kesalahan imigresen.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, tangkapan dijalankan menerusi OP Sapu, melibatkan dua lokasi berasingan.

Serbuan di sebuah penempatan pekerja asing, memeriksa 49 orang, dan menahan 17 orang terdiri daripada warganegara Myanmar, India, Indonesia, dan Bangladesh.

Manakala serbuan di sebuah penempatan pekerja pembinaan, memeriksa 274 orang dan menahan 23 orang, terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, India dan Indonesia.

Kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika, untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE