fb fb fb fb fb

Jendela Pengaduan platform miskin bandar lapor keciciran penerimaan bantuan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Kerajaan bakal memperkenalkan Jendela Pengaduan bagi membolehkan golongan miskin bandar yang layak melaporkan sebarang keciciran penerimaan bantuan.

"Mereka yang layak terutamanya golongan termiskin tetapi tidak nenerima bantuan mereka boleh tampil melaporkan diri," kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

"Bagi melapor keberadaan mereka supaya tindakan susulan bagi mereka yang terbukti layak tetapi tercicir daripada sistem yang ada," katanya dalam sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di bangunan Parlimen.

Tambah beliau, perincian lanjut mengenai perkara itu akan diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bakal mengadakan Mesyuarat Khas pada 14 Ogos bagi membincangkan secara terperinci aspek inflasi dan mengenal pasti sebarang kenaikan harga bagi input pertanian yang boleh menyebabkan peningkatan kos pengeluaran makanan.

(Tan Sri Annuar mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
pasukan
khas di Parlimen/BERNAMA)

Media Baharu