fb fb fb fb fb

JENDELA: Jumlah premis dengan rangkaian gentian optik meningkat ketara

(Tan Sri Annuar pada sidang media di Kementeriannya. Turut kelihatan, Datuk Seri
Mohammad Mentek (kiri)/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Ogos- Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada suku kedua 2022 menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Menurtnya, paling ketara jumlah premis dilengkapi rangkaian gentian optik.

"Premis yang dilengkapi rangkaian gentian optik telahpun meningkat iaitu sebanyak 2.23 juta di seluruh negara dalam tempoh laporan.

"Dan ini menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 7.19 juta premis telah diliputi gentian optik dan ini menghampiri sasaran fasa pertama JENDELA iaitu 7.5 juta," kata Annuar dalam sidang media di sini.

(Tan Sri Annuar jumlah premis dengan rangkaian gentian optik meningkat ketara)

Media Baharu