fb fb fb fb fb

JENDELA Fasa 2: 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti

Foto BERNAMA

SIPITANG, 15 September- Sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2, dikenal pasti di seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada angka itu, 90 peratus lokasi berkemungkinan menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran.

Jelas Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta meneliti serta mengkaji semula tapak berkenaan, serta kaedah pelaksanaan pembinaan.

"Seperti masalah bentuk muka bumi yang menyukarkan pemasangan menara, juga masalah tenaga ataupun masalah 'power supply' dan mungkin jumlah penduduk yang tidak terlalu ramai," katanya ketika meninjau pengoperasian menara Telekomunikasi JENDELA Fasa 1 Kampung Menengah Ulu, di sini.

Mengulas mengenai masalah pembinaan Menara JENDELA di Sabah, Fahmi memberitahu, ia berikutan masalah teknikal yang dihadapi bersama-sama Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM