fb fb fb fb fb

JENDELA: 808 menara telekomunikasi telah beroperasi sejak Oktober lalu

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November-Sebanyak 808 menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah beroperasi sejak 31 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan 8.88 juta premis telah tersedia dengan capaian gentian optik, kelajuan jalur lebar mudah alih dengan 105.75 Mbps serta kadar liputan jalur lebar dikawasan berpenduduk sebanyak 98.38 peratus.

"CelcomDigi telah menerima 866 menara dan 366 masih dalam perlaksanaan. 193 menara telah lebih 9 bulan masih belum beroperasi.

"Maxis telah terima 134 menara, 96 dalam perlaksanaan 10 lebih dari 9 bulan, Umobile telah terima 143 menara yang telah siap, 19 dalam pelaksanaan dan dua lebih dari 9 bulan, Redtone telah terima 91 menara, 45 dalam perlaksanaan dan 4 telah lebih 9 bulan", katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abd Khalid mengenai status projek menara JENDELA di Dewan Rakyat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD