
KOTA BHARU, 13 Mac – Jenazah bekas Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kelantan, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani, 82, selamat dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
- Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian berhampiran kediamannya.
- Jenazah disolatkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
- Anak sulung menyifatkan Allahyarham seorang pemurah, keluarga bersyukur beliau pergi dalam keadaan baik.
- Ratusan kenalan, sahabat dan ahli keluarga hadir memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian yang terletak berhampiran kediamannya.
Terdahulu, jenazah allahyarham yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian disolatkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian sejurus selesai solat Jumaat.
Anak sulung Allahyarham, Mohd Zullaimy Muhammad menyifatkan bapanya sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
“Dia seorang pemurah. Apa sahaja orang minta dia akan beri. Sebagai keluarga, kami bersyukur kerana dia pergi dalam keadaan yang baik,” katanya.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi.
Ratusan kenalan, sahabat serta ahli keluarga hadir memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham.