fb fb fb fb fb

Jemaah Menteri setuju laporan audit, forensik projek LCS didedahkan

PUTRAJAYA , 17 Ogos- Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya laporan audit dan forensik berkaitan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didedahkan.

Bagaimanapun, pendedahan hanya boleh dibuat selepas perbincangan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan pihak berkaitan membabitkan mekanisme pendedahan berkenaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpendapat ada beberapa perkara sensitif membabitkan keselamatan tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Secara prinsip Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat dan saya berpendirian benda-benda yang sensitif soalan keselamatan sepatutnya tidak boleh didedahkan di mana-mana demokrasi pun sama ada di American, di England bahkan di Perancis, dia tidak akan dedahkan benda-benda yang risiko tinggi sensitif material," jelasnya dalam sidang media Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seperti amalan di England, apabila sesuatu dokumen mahu dinyahklasifikasi, pihak terbabit akan membincangkan perkara sensitif berkaitan keselamatan mungkin diasingkan manakala benda lain akan didedahkan.

Media Baharu