MEKAH, 18 Mei- Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan para jemaah agar sentiasa menjaga tanda pengenalan diri ketika berada di Tanah Suci.
Ia berikutan kebanyakan aduan diterima kaunter khidmat pelanggan TH adalah berkaitan kehilangan tali penyandang ('lanyard') dan gelang haji.
Pengurus Khidmat Pelanggan TH di Mekah, Mohamad Zakee Mohd Zaludin berkata, tanda pengenalan jemaah sangat penting terutama jika berlaku sebarang kejadian luar jangka.
"Kita nasihatkan semua jemaah haji kita untuk menjaga seelok-eloknya, sebaik-baiknya tanda pengenalan masing-masing agar tidak ada kehilangan sebab di Tanah Suci, inilah pengenalan kita menggantikan IC dan dokumen penting di tanah air.
"Di Tanah Suci ini ada dua pengenalan ini penting untuk setiap jemaah, jadi kita selalu menguar-uarkan mintak kepada setiap maktab-maktab dan penginapan semasa sesi taklimat untuk minta jemaah menjaga seelok-eloknya 'lanyard' dan gelang yang dipakaiā, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH di sini.
Setakat ini, sebanyak 71 aduan diterima kaunter khidmat pelanggan TH dengan 87 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.
Selain kes berkaitan kehilangan tanda pengenalan diri, aduan lain yang diterima adalah melibatkan kerosakan fasiliti.