fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM 2024: Kekal signifikan santuni masyarakat

Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Jelajah Ramadan RTM 2024 yang masuk edisi ke-12, kekal signifikan dalam menyantuni masyarakat kurang berkemampuan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib optimis, penganjurannya terus diperkukuh menerusi kolaborasi dua rakan penaja, Petron Malaysia dan NESQ.

"Dalam program ini, Skuad Jelajah Ramadan RTM akan menyantuni golongan kurang bernasib baik menerusi program khidmat masyarakat kita di kesemua 19 destinasi yang melibatkan stesen-stesen radio RTM di peringkat negeri dan daerah", katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perlepasan Pergerakan Konvoi Jelajah Ramadan RTM 2024 di Angkasapuri Kota Media.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Petron Malaysia, Danny Chen Heng Siong berkata pelbagai aktiviti dan melibatkan banyak lokasi di seluruh negara bakal memberikan impak besar, selain menjadikan rancangan tersebut lebih menarik.

Manakala, Pengasas NESQ Zamri Abu berkata kerjasama tersebut dapat memperluas pasaran produknya ke seluruh Malaysia dan juga kedai-kedai Petron di seluruh negara.

Konvoi selama 20 hari, akan menjelajah 19 lokasi bermula di Terengganu, Ahad ini dan berakhir di Johor pada 30 Mac.

ROSLINA BINTI DIN