ALOR SETAR, 19 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Kedah akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan pili bomba berfungsi dengan baik ketika kecemasan.
Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata tahun ini pihaknya menyasarkan pemeriksaan menyeluruh terhadap kesemua 26,578 pili bomba yang terdapat di Kedah.
Menurut Awang Hidzel, setakat ini lebih 10 peratus pili bomba di negeri berkenaan telah diperiksa oleh pihaknya.
"Kita ada pasukan khas pili bomba bagi melakukan pemeriksaan. Sekiranya berlaku kesalahan berkaitan, kita akan keluarkan kompaun", katanya demikian menerusi siaran langsung Selamat Pagi Malaysia di sini.