fb fb fb fb fb

JAS Kedah pantau lokasi berisiko berlakunya pembakaran terbuka

FOTO Jabatan Alam Sekitar

ALOR SETAR, 4 Mei- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah mengenal pasti beberapa lokasi berisiko berlakunya aktiviti pembakaran terbuka di enam daerah di negeri itu.

Daerah terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan dan Sik.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, lokasi terbabit dikesan hasil rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah.

Ia termasuk kawasan Industri Bukit Kayu Hitam, Darulaman Park, Jabi, Kuala Nerang, Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan tapak pembinaan semasa cuti mingguan.

“Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS”, katanya dalam kenyataan disini.

Katanya, kain rentang (banner) larangan aktiviti tersebut juga telah dipasang sebagai langkah pencegahan dan peringatan di beberapa kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku.

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.

ROSLINA BINTI DIN