fb fb fb fb fb

Jangan termakan fitnah dakwaan warga China sertai MM2H layak dapat status PR - Fahmi

Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak termakan fitnah dengan dakwaan bahawa warga China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kononnya bakal layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan sesiapapun yang ingin mendapat kewarganegaraan Malaysia perlu melalui proses dan saringan ketat.

"Isu ini telah dijawab oleh Menteri Pelancongan (Datuk Seri Tiong King Sing) dengan jelas. Saya lihat penjelasan itu terang lagi bersuluh, jadi tidak perlu ada apa-apa isu disitu.

"Kerajaan akan jamin keadaan terkawal dan tidak mudah untuk kita dengan begitu sahaja menyerahkan atau mengurniakan status kewarganegaraan kepada sesiapa sekalipun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara BERNAMA dan agensi berita Xinhua di sini.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan di aplikasi X yang mendakwa ‘mendengar cerita’ mengenai perkara itu.

SITI AISHAH BINTI MD ISA