fb fb fb fb fb

Perbandingan kadar ringgit kepada dolar AS bukan tanda aras tahap ekonomi negara

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada majlis Karnival Celik Kewangan Johor di Aeon Mall Kulaijaya hari ini/FOTO The Ahmad Maslan

KULAI, 29 Oktober - Kementerian Kewangan (MOF) menasihatkan rakyat untuk tidak menjadikan kadar tukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), sebagai penanda aras tahap ekonomi negara pada ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebaliknya , prestasi ekonomi negara perlu dinilai dari segi aspek pertumbuhan ekonomi pada tahun ini, kadar pengangguran semasa yang kini berada pada tahap baik.

"Faktor kadar inflasi terkini negara yang telah turun, juga menggambarkan ukuran sebenar ekonomi negara, yang kukuh," katanya ketika berucap pada Karnival Celik Kewangan Johor, di sini, hari ini.

Menurutnya, faktor Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat yang berada pada paras tinggi iaitu 5.5 peratus, menyebabkan nilai ringgit jatuh kerana Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara berada pada 3.0 peratus.

Selain itu, faktor lain keraa konflik di timur tengah, serta keadaan semasa ekonomi China, menyumbang kepada penyusutan nilai mata wang ringgit.

Hadir sama, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

GRACE AISYAH KEDAYAN