fb fb fb fb fb

Jangan berpolitik untuk pangkat, jawatan - Sultan Johor

(Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memeriksa perbarisan
Pasukan Gerup Gerak Khas (GGK) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57
di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing hari ini/BERNAMA)

MERSING, 5 Ogos- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pegawai dan anggota Gerak Khas untuk tidak berpolitik dalam mendapatkan jawatan dan pangkat tertentu.

Baginda sendiri akan meneliti semua perjawatan, pangkat dan penempatan selaras dengan tanggungjawab sebagai kolonel komandan Rejimen Gerak Khas.

Penilaiannya nanti dibuat berdasarkan latar belakang dan prestasi anggota.

Baginda turut memberi amaran, agar tiada pihak cuba memecah belahkan komando dengan mewujudkan kem kecil atau berpuak-puak.

"Harap Panglima Tentera Darat tidak buat keputusan sendiri, sembahkan kepada saya dulu untuk saya perkenankan.

"Saya juga tegaskan bahawa semua pangkat dan penjawatan yang dikhususkan kepada Gerak Khas tidak boleh diberikan atau dipinjamkan kepada kor lain, kalau belakangkan saya tidak guna saya kekal sebagai Komandan GK," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing, Johor hari ini.

(Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan bertitah sempena
Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21,
Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing hari ini/BERNAMA)

Terdahulu, baginda tiba di Kem Iskandar pada pukul 9 pagi diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sultan Johor juga mengingatkan kerajaan untuk memberi peruntukan bagi perbelanjaan peralatan tentera yang sesuai dan terkini.

Peruntukan turut melibatkan aspek penyelenggaraan aset-aset.

Media Baharu