SUNGAI BESI, 1 November-Masyarakat terutama pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI), kerana ia boleh hakis budaya membaca dan berfikiran kritis.
Perdana Menteri mahu penggunaan AI seiring budaya membaca dan berfikiran kritis kerana ia asas menimba pengetahuan.
"Kebergantungan keterlaluan kepada AI menyebabkan kita tidak lagi membaca buku, sebaliknya mencari semua jawapan di Google.
"Tetapi di Google itu jawapan secara rumusan dan ringkasan. Apa yang tidak kita lakukan adalah membaca.
"Membaca itu adalah apabila kita menelaah buku, lihat daripada keseluruhan pemikiran, kita tidak ambil (hanya) satu cebisan (ilmu)",katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Negara tidak boleh meremehkan aspek persiapan bagi mempertahan negara.
Aspek itu antaranya latihan, keterampilan, kepintaran, pemikiran strategik dan kelengkapan yang baik.
Mengambil contoh beberapa kejadian tidak baik melibatkan mahasiswa, beliau berkata;
ia satu cabaran buat kepimpinan institut pengajian tinggi untuk pastikan pelajar mengikuti program selari dengan nilai-nilai positif yang ingin diterapkan.
"Dan ini ada kaitannya dengan soal disiplin dan nilai. sebab itu kalau soal disiplin di universiti lain tu penting. dia maha penting di universiti ini.
"Dia kelompok kecil. Dia bukan mewakili keseluruhan mahasiswa. Tapi budaya itu mengizinkan.
"Dan ini budaya samseng buli gangsterisme dalam sistem pendidikan kita di sekolah, sekolah, Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil maahad tahfiz sekolah agama ini menyebutkan aliran kegilaan ini kerana kita bicara soal ilmu dan ritual tidak akhlak dan nilai", katanya ketika program dialog Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.