fb fb fb fb fb

Jambatan Sungai Pulai dijangka siap tahun depan

ISKANDAR PUTERI, 4 Disember-Kerja-kerja pembinaan jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Johor Bahru-Pontian dengan kos pembinaan dianggarkan RM700 juta dijangka siap akhir tahun ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal negeri, Lee Ting Han berkata jambatan sepanjang 7.5 kilometer itu akan memendekkan tempoh perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian dari satu jam kepada 15 minit.


(Gambar Hiasan)

Jelasnya lagi, pembinaan jambatan tersebut akan merancakkan lagi pembangunan setempat dengan kehadiran pelabur dari dalam dan luar negara.

"Secara tidak langsung pembinaan jambatan tersebut akan menggalakkan lagi aktiviti ekonomi dan meningkatkan lagi pendapatan serta taraf hidup warga setempat. Kerajaan Johor menerusi syarikat pelaburan Johor sentiasa mengembleng usaha bagi menarik pelabur baru sama ada dari dalam mahu pun luar negara", katanya semasa persidangan dewan  negeri Johor di Iskandar Puteri, Johor. 

Menerusi Pelan Mampan Johor 2030, daerah Pontian diwartakan sebagai zon bagi eko pelancongan. 

Selain itu, daerah itu juga disenaraikan sebagai kawasan aktiviti perikanan dan maritim, bahan binaan serta industri makanan.

Media Baharu