
DAMANSARA, 8 April – Jambatan pejalan kaki Damansara Avenue ‘The Da Link’ yang menghubungkan Stesen MRT Sri Damansara Sentral dengan pusat pembangunan bercampur, Damansara Avenue, telah dibuka.
- Meningkatkan ketersambungan pengangkutan awam dan mobiliti bandar di Petaling Jaya.
- Laluan berbumbung memberikan keselesaan kepada pengguna MRT dan komuniti ketika cuaca tidak menentu.
- Selari dengan aspirasi MBPJ untuk memperkukuh pembangunan berorientasikan transit dan bandar yang berdaya huni.
- Projek bernilai RM18 juta siap dalam kira-kira 18 bulan hasil kolaborasi pihak berkuasa tempatan dan pemaju swasta.
Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Zahri Samingon berkata, pembinaan jambatan sepanjang 320 meter itu dilihat mampu meningkatkan akses ketersambungan rangkaian pengangkutan awam dan mobiliti bandar di Petaling Jaya.
Selain menyediakan laluan berbumbung, kemudahan tersebut katanya turut memberi keselesaan kepada pengguna MRT dan komuniti setempat, khususnya dalam keadaan cuaca tidak menentu.
“Inisiatif ini selari dengan aspirasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ dalam memperkukuh Pembangunan berorientasikan Transit-Oriented Development (TOD).
“Pembangunan infrastruktur berimpak tinggi seperti ini merupakan pemangkin penting ke arah pembentukan bandar yang berdaya huni efisyen dan mampan , pembukaan damanasara avenue link briged ini mencerminkan komitmen berterusan dalam perkukuh jaringan mobiliti bandar yang inklusif. Ia bukan sahaja meningkatkan akses kepada pengangkutan awam malah menyokong usaha membentuk persekitaran bandar yang mesra penjalan kakiserta berorentasikan transit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jambatan tersebut.
Tambah beliau, projek bernilai RM18 juta itu mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk disiapkan hasil kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan pemaju swasta.