fb fb fb fb fb

Jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya dalam kajian

Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 November- Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya.

Pembinaan itu melibatkan kos siling kajian sebanyak RM25 juta sekali gus menjadi laluan alternatif dalam mengurangkan kesesakan kepada laluan sedia ada.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kajian itu telah dilakukan pada 12 Ogos lepas dan dijadualkan siap pada 12 Ogos tahun depan.

"KAjian itu dalam masa setahun melibatkan banyak perkara antara yang dikaji ialah guna tanah melalui hutan simpan kekal, sosioekonomi trafik, sistem saringan impak alam sekitar, dan lain-lain.

"Sekiranya telah diperstui, ia akan dibina secara VOT bukan menggunakan dana kerajaan, kemungkinan akan ada tol sekiranya ianya lebuh raya, itu boleh dilaksanakan," katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor berkenaan rancangan kementerian bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta laluan alternatif bagi jaringan menghala ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI