fb fb fb fb fb

JAKIM & KPDN, bekerjasama ambil tindakan pihak salah guna logo halal

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, melalui satu kenyataan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.

Jelasnya, pihaknya turut berdukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam di salah sebuah universiti awam itu.

Tambahnya, tindakan segelintir pihak yang manyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius. 

Justeru semua pihak diingatkan agar tidak menyalahgunakan label logo halal dan merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam Negeri.

Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE