fb fb fb fb fb

JAKIM diminta sedia laporan video pelajar alun bait arab puja guru

Gambar fail, foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung video seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, JAKIM juga perlu membawa perkara itu kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam negeri terbabit iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Dalam satu kenyataan beliau menegaskan, sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.

Pada masa sama, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit dua saat memaparkan pendakwah lelaki dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang didakwa sebagai satu tindakan memuja guru agama secara melampau.

Trainee