fb fb fb fb fb

Jajaran projek ECRL bakal libatkan empat blok RT

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan

KLANG, 3 November- Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 21.05 kilometer akan melalui Klang melibatkan empat blok Rancangan Tempatan (RT) .

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata blok terbabit ialah laluan Kapar, Klang Utama, Sementa dan Sungai Klang.

"Sebenarnya laluan ini telah dibincangkan di peringkat pusat sudah lama, pada tahun 2021 jajaran ini dibawa kepada kerajaan negeri dan secara dasarnya bersetuju diperingkat negeri jadi peringkat tempatan kita perlu melukis di pelan.

"Seterusnya memaklumkan kepda org awam sebab mereka yang terlibat akan mengetahuinya apabila tanah-tanah mereka diambil balik oleh ECRL,"katanya.

Beliau berkata demikian pada program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPK 2035 (Pengubahan 1) di ibu pejabat MPK, Klang. 

Katanya antara tujuan pengubahan RT adalah bagi mengatasi masalah bencana banjir dan sejajar dengan penaiktarafan MPK kepada status bandaraya.

Selain menguar-uarkan kepada umum,  program yang diadakan pada 18 Oktober hingga 16 November itu bertujuan mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak mengenai draf RT.

Beliau menjelaskan semakan bagi laporan draf rancangan tempatan MPK 2035 boleh dilihat di lobi utama MPK, Lobi PLANMalaysia Selangor, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan portal MPK.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE