fb fb fb fb fb

Jaguh Paralimpik negara terima pengiktirafan UniMAP

PAUH PUTRA, 24 November- Jagoan paralimpik dunia kebangaan negara yang juga anak jati Perlis, Datuk Abdul Latif Romly, menerima anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam ‘Sidang Pertama Bagi Istiadat Konvokesyen 16 UniMAP’ yang diadakan di Dewan Ilmu Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra

Anugerah disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP.

Turut menerima Ijazah Kehormat ialah Dato’ Dr. Ir. Annuar Mohd Saffar (Doktor Kejuruteraan) dan Profesor Dr. Shinji Shimada dari Jepun (Doktor Pengurusan).

(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  merangkap Canselor UniMAP)

Seramai 412 graduan yang lain menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan juga Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian)(Keusahawanan Kejuruteraan) di majlis tersebut.

Raja Muda Perlis turut menyampaikan Pingat-pingat dan Anugerah-anugerah bagi penerima Hadiah Pelajaran, Hadiah Inovasi dan juga Pemenang Hadiah Kecemerlangan Akademik universiti.

Dalam titahnya, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan graduan bahawa perjalanan hidup mereka semua tidak akan terhenti selepas konvokesyen ini, bahkan hari ini sebenarnya merupakan titik permulaan hidup mereka semua untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi mencabar pada masa kini.

Baginda juga mahu semua graduan sentiasa mengangkat nilai-nilai murni UniMAP melalui slogan “Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan” di dalam diri semua graduan selaku duta universiti tersebut.

Media Baharu