fb fb fb fb fb

Jabatan Perikanan tandatangani MoU dengan tiga IPTA, rancakkan industri perikanan negara

(Jabatan Perikanan tandatangani MoU dengan tiga IPTA, rancakkan industri perikanan negara)

SERDANG, 5 Ogos- Jabatan Perikanan Malaysia dan tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan dan merancakkan industri perikanan dalam aspek sosial dan ekonomi.

Memorandum itu ditandatangani di Pameran Pertanian Hortikulutur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 dan IPTA terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata menerusi perkongsian data dan kajian berdasarkan kepakaran masing-masing, objektif tersebut dapat dipercepat.

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ditemui dalam sidang media selepas menyaksikan majlis tandatangan
MoU berkenaan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang)

"Merancakkan lagi pertumbuhan sektor perikanan negara dan juga untuk membangunkan komuniti nelayan agar mereka ini dapat diangkat dari segi sosial dan ekonomi serta kajian industri itu sendiri.

"Kita harap kajian yang dibuat dapat menghasilkan agenda negara untuk bangunkan industri perikanan, perikanan tangkapan, atau industri akuakultur," kata Ronald ketika ditemui dalam sidang media selepas menyaksikan majlis tandatangan MoU berkenaan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Media Baharu