fb fb fb fb fb

Isu stoking kalimah Allah : KPN serah KDN untuk siasatan penuh

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang/ Foto RTM

PUTRAJAYA, 20 Mac - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melakukan siasatan berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementeriannya hanya mahukan keamanan dan bukannya perpecahan di dalam negara ini.

"Kami adalah Kementerian Perpaduan, kami tidak mahukan perpecahan dan hanya mahukan perpaduan."

"Kementerian Dalan Negeri (KDN) adalah yang terbaik untuk menjawab berhubung isu terbabit. Kami di kementerian mahukan keamanan bukan perpecahan kerana itulah perpaduan."

Beliau berkata demikian pada sidang media Bengkel Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di Putrajaya.

Terdahulu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Syarikat tersebut dilaporkan telah memohon maaf berhubung penjualan stoking dan menyatakan jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD